Sabtu, 21 November 2009

BELAJAR MEMBUAT BLOG

Wednesday, May 21, 2008

Panduan Membuat Blog

Untuk membuat atau mendapatkan satu account blog di blogger, pertama sekali kita mesti ada satu e-mail. Jika anda belum ada email, perlulah anda membuat satu e-mail. Sekiranya sudah ada e-mail, buka web browser anda (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Opera, dsb) dan buka laman http://www.blogger.com. anda akan menemui paparan seperti seperti gambar dibawah ini.

Paparan dari alamat
http://www.blogger.com/start

Sekiranya anda tidak memahami bahasa yang sedang di paparkan, anda boleh menukar keseluruhan bahasanya. Menu untuk menukar bahasa kepada bahasa pilihan anda terletak di sudut kanan paling atas.

Langkah pertama: Mendaftar Blog
Untuk mendaftarkan account di blogger, anda klik tanda panah yang bertuliskan "CREAT YOUR BLOG NOW" dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya.

Halaman pengisian data email, password dan sebagainya

Di halaman ini anda akan diminta untuk mengisi satu borang :

Email address : Isi dengan lengkap alamat email anda (email akan
digunakan untuk login)
Retype Email Address : Tulis semula alamat email anda
Enter a Password : Isi dengan password /a kata laluan yang anda kehendaki
(minima lapan karakter, gabungan antara angka dan huruf)
Retype Password : Tulis semula password / kata laluan yang anda.
Display Name : Tulis nama yang anda kehendaki
(akan dipaparkan dibawah postingan anda).
Word Verification : Tulis huruf yang tampil pada gambar di dalam kotak yang
disediakan.
Acceptance of Term : Check list kotak kecil menunjukkan anda bersetuju dengan
syarat dan terma penggunaan blog dari blogger.

Setelah anda selesai mengisi semua yang dikehendaki di atas, seterusnya klik gambar anak panay yang melanjutkan pendaftaran ke langkah selanjutnya dengan mengklik gambar panah yang bertulisan “CONTINUE”.


Langkah Kedua: Menamakan Blog
Anda akan dibawa ke paparan seperti yang dipaparkan di bawah.


Pada halaman ini anda diminta untuk menamakan blog anda:

Blog tittle : Isi dengan nama yang dikehendaki
(akan dipaparkan pada header halaman blog anda)
Blog address URL : Isi dengan nama yang anda kehendaki, pilih nama yang pendek dan senang diingat agar mudah disebarkan dan dibuka oleh pengunjung halaman anda. Untuk memastikan alamat blog anda belum digunakan oleh blogger lain, klik link check availability. Jika alamat tersebut telah dipakai oleh blogger lain, maka akan muncul petunjuk merah "this blog address is not available" dan jika alamat blog tersebut belum dimiliki blogger lain petunjuk berwarna hijau akan dipaparkan "This blog address is available." Anda dapat meeneruskan proses pendaftaran ke langkah selanjut dengan mengklik tanda panah bertuliskan "CONTINUE"


Langkah Ketiga: Pilih
Template (tampilan)
Pada langkah ini anda akan diminta untuk memilih template yang tersedia terlebih dahulu. Anda boleh menukar template bila-bila masa dengan memilih template yang tersedia atau anda boleh megubahsuai template anda sesuai dengan selera anda.

Pilih salah satu dan click tanda panah yang bertuliskan "CONTINUE".


Tahniah! Blog pertama milik anda sudah berjaya dibuat. Gambar dibawah merupakan langkah terakhir yang akan membuat blog anda benar benar menjadi blog. Klik tanda panah bertuliskan "START POSTING" untuk terakhir kalinya.
Anda boleh mula menulis blog anda untuk dikongsikan dengan pembaca seluruh dunia.


anda akan dibawa ke paparan seperti yang ditunjukkan di bawah.
Anda boleh mula menulis bolg anda. Sebagai percubaan tulislah apa-apa sahaja seperti "Ini tulisan pertama saya." untuk memudahkan pengunjung menjumpai blog anda, sentiasalah membuat lebel kepd setiap komentar yang anda buat. Setelah anda selesai menulis, tekan butang yang tertulis "PUBLISH POST". Sekiranya anda bercadang untuk menerbitkannya pada kemudian hari (mungkin kerana ia belum siap atau perlu diperbaiki) pilih tekan butang yang tertulis "SAVE NOW"

Setalah selesai semuanya dan anda telah klik butang "PUBLISH POST", anda akan dipaparkan dengan paparan seperti di atas. Pilih "View Blog" untuk lihat blog. Pilih "in new window" untuk memaparkan blog anda pada window baru. Jika anda ingin mengubah komentar yang baru diposkan pilih "Edit post". Pilih "Create a new post" jika anda ingin menulis komentar baru.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar